Saturday, February 25



well actually banyak nak cerita, tapi mcm mati akal. saya persembahkan anak Bibu je lah, my anak lanang, DHANI.

Monday, February 20


 
Posted by Picasa


tuhan,
aku selalu bertanyakan pada Engkau
apakah yang aku telah lakukan semasa hayatku
hingga Kau memberi aku nikmat yang padat
Kau memberi aku mengecapi keindahan
yang sukar aku bayangkan
sesuatu yang paling baik
paling cantik
yang membuat aku terus menghidupi
hidup.
aku mengimbas,
melupakan apa yg aku tiada
dan hidup dengan apa yang kau beri
dihadapanku.
kujunjung kasih ini
ku peluk janji dan amanah mu Ya Allah
cinta yang aku sulam
seluruh jiwa ragaku
untuk menghadapmu
kelak.

Friday, January 13





Saya Ibu Dhani.

Wednesday, January 11

Penang

Got me a job in one of colleges in Penang.







Thinking.




Deep.

Thursday, December 29

Last Night

Malam tadi aku bermimpi wajah yang dah lama aku buang jauh-jauh. Wajah yang pernah aku sayang dan biar berpatah hati berkali-kali. Lelaki yang pernah membuat hati seperti dihiris-hiris dengan belati. Dan lelaki itu memandang aku seperti selalu dalam mimpi, ada kelembutan dalam matanya. Ada kasih.

Dia pernah membuat aku merana begitu lama dan hilang begitu jauh...


Kepada kau,
Aku berdoa agar kau tidak lagi singgah dalam mimpi malamku.
Aku tidak mampu membenci kau walaupun aku tau kau yang menganiayai aku yang muda dan mentah pada saat itu.
Aku terlalu bodoh..
Cuma aku berdoa agar kita tidak ketemu lagi di alam ini, atau alam maya..dan bila-bila.

Tuesday, December 20



First event after two months in confinement. With my bestfriend Yoya!

Wednesday, December 7

Wednesday, November 2

Angel On My Bike


Nyawa Ibu



Nadi Ibu


Syurga Ibu





Dunia Ibu


Anak, kau buat Ibu rasa seperti lahir semula...
ringan dan hidup.
Alhamdulillah, syukur pada Allah.


Thursday, February 17

Dari Dia

ada kucing betina bunting bertandang rumah sudah dua minggu. dihalau tak mau pergi.
manja mencuri hati. rupanya bawa rezeki. alhamdulillah.

Friday, January 14

Of white dress, black eyes and trimmed eye brows..

Alhamdulillah, dengan kasih sayang Allah, saya kini menjadi isteri kepada Cerub.. pembuka kebahagiaan saya tahun 2011.
Saya menjadi isteri Cerub pada tarikh favourite saya, 7 Januari 2011.

After Akad, dua kali lafaz..

berdebar tapi manis ;)
sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.
Bersyukur dan lega, sangat.
semua heavy feeling inside me hilang, seperti angin.


Tunggu pihak pengantin lelaki selepas azan zuhur.

dulu berempat single, kini bertiga. still babe, i'm with you guys.



perempuan arab cantik , Fasya. ;)


yang membesar dengan saya dari kecil.

dusty pink and silver theme.

Ok ini Candid !! I told Fasya to wait for me! ;)

some of my students and colleagues yang datang. Not to forget my TESLIAN'S buddies.

semua yang datang saya kira sebagai rezeki. ;)

saya sangat gembira. (not to mention my mother Kak Mah, wah muka berseri mengalahkan pengantin! nanti gambar da siap saya upload ! )




with my babe, vinow



lelaki yang cukup saya kasihi,
Cerub.

Sebahagian gambar yang saya dapat dari kawan2. Rasa ralat tak letak gambar dengan keluarga lagi sebab semua ada kat photographer saya. Alhamdulillah rezeki kami sangat murah, ada yang sponsor hantaran, makanan nikah dan kahwin, khemah, bunga telur (thanks kak ikin) dan macam2. Urusan berjalan dengan lancar dan tenang walaupun jemputan lebih ramai dari yang dianggarkan, tapi semua dapat makan. Mekap, pelamin , baju nikah, segala adalah minimal sahaja.. semua kurang dari RM 350 sebab saya tak mahu membazir. Tapi kami cuba lebihkan pada makanan supaya semua orang dapat merasa. Sehingga hari ini ada yang sms masih kenyang dengan jamuan perkahwinan kami.

(P/S - bakal2 pengantin minimalis sila kontek saya nak dapat price yang bagus, murah tapi cantik)

Saya selalu korbankan perasaan saya apabila saya inginkan sesuatu. Tidak banyak wang, saya rasa wang yang saya ada perlu diberi pada orang yang lebih layak. Saya percaya Allah akan tolong saya apabila saya dalam kesusahan atau bila saya memerlukan. Alhamdulillah, benar. Segala yang saya idamkan, saya dapat masa hari kahwin saya. Benda yang pernah saya pegang, dan letak balik sebab tak cukup duit , saya dapat sebagai hadiah kahwin. Perasaan ini pula, tidak ternilai harganya. Dan segala urusan mudah dan rezeki datang mencurah, semua ini berkat doa semua.

Jutaan terima kasih pada semua yang sudi hadir nikah dan reception jauh dan dekat, atas ingatan dan doa, yang bermurah hati memberi segala macam, dan yang membantu urusan perkahwinan (especially my family members and close friends). Kawan-kawan yang datang dari jauh utara selatan untuk hadir . I hope u guys enjoyed my simple wedding. Thanks again.Hanya Allah dapat membalas segalanya dan merahmati anda semua. Amin. XOXOX.

Semoga perkahwinan saya dan Cerub dirahmati Allah SWT dan mendekatkan hubungan kami denganNya.

Benda paling manis ialah, jeng jeng jeng...

Solat berimamkan suami saya.

Mohon doakan kebahagiaan kami dunia akhirat.


Sekian. ;)





























Tuesday, December 28



If I were a motorbike,
I would be a Ducati

Saturday, December 18

A Note

I hope you find me here and read this,
Congratulations Crab!

Semoga Bahagia Dunia Akhirat, Amin.

Friday, December 17

Budak Di Rumah


Rupa Umar pegi orang kawin
Cam nak pegi Opis bukan?



Jaji Warna Sebenar


Universiti Hospital
Asar with Jaji




Umar Yusuf mulut burung

Thursday, December 16

Hanya Sebelum


















Credit to Tuwintachum and Nadine for this priceless courtesy. Thank you very much. XOXOX

Monday, October 11

Wednesday, September 1




27 and Proud


Well, everything is actually too beautiful... I'm blessed. ;)

Wednesday, August 25

Basketball



Penyusunan strategi permainan



Bermain



Peminat setia yang tidak berganjak



Kalah tapi menang dalam hati saya.

Go Jump!


Meeting

Kalau DAP dengan MCA pun ada annual meeting nak kuatkan bangsa Cina dan menuju matlamat yang sama,
Kenapa UMNO dan PAS takde annual meeting untuk melayu dan Islam?

Childhood



Hani and my sister yang hensem, Ggirl


Kak Mah kata,
Hani la anak paling 'baik'..
Hani racun dan penawar...



Saya, (yang katik pakai baju belang) Ggirl (si hensem) dan Iwan (far left) bersama anak- anak yang ibu saya bela..
Lebih 10 orang..
Rumah saya byk rezeki, ramai je yang datang dan penah duduk sini berbulan dan bertahun..
Kak Mah tak kisah, hikmahnya....
Yang dah beranak pun masih datang rumah pujuk mak saya bela anak mereka..
dan mereka masih panggil mak saya 'Mak'..
dan kami seperti adik beradik sampai sekarang..
setiap kali raya, aku nantikan kunjungan mereka.



Masa kecil saya suka main longkang, mencuri kat kedai..
main bukit, main rounders..
masuk hutan keluar hutan..
memancing ikan kat longkang besar.. main rollerblade, main beskal..
pernah hilang tp jumpa balik.
eksiden 80 kali, kepala penuh berjahit.
hampir lumpuh tapi hidup lagi alhamdulillah...
peluh-peluh, panau bulan penuh kat muka.
Saya selalu busuk. masam.
Tapi itulah saya, Hani yang nama lekat sejak lahir..
Hani yang ibu saya cakap, racun dan penawar.
orang yg rapat dengan saya akan panggil saya Hani..
Kekasih, keluarga, kawan-kawan..
Hani bunny bayne.


Double Trouble



Joe Wings



Amy Search



Mantap