Wednesday, July 21

Why I love being a Muslim Woman?



Secara jujur, bukan mudah untuk menjadi seorang muslim. Being muslim is not easy.
Bagaimana saya ingin beritahu dunia, bahawa indahnya menjadi seorang muslim, dan alhamdulillah seorang perempuan yg beragama Islam.. Colleague saya majority Kristian dan Yahudi dan native speakers, mereka terlalu banyak membincangkan issue2 Islam dan kedudukan kita dalam dunia, issue2 dalam dan luar negara. Belum lagi soal pemakaian tudung, halal haram, lelaki boleh kawin empat dan mcm2 issue yang bagi mereka ridiculous. Kadang2 saya terpaksa tebalkan telinga dan tidak mencelah, saya seorang muslim yang memikirkan dan terlalu menjaga hati agama lain kerana saya boleh menjadi seorang yang merbahaya apabila bercakap. Saya tidak mahu mensoalkan itu dan ini, sama seperti saya tidak mahu mereka menggelakkan dan menhina agama saya. Tapi itu tidak berlaku. Islam is a joke for them. Mereka menanyakan saya terlalu banyak soalan tentang hukum dan mempersoalkan Al-Quran dan hukum Allah. Kadang-kala saya terdiam dan tidak dapat menjawab. Saya kurang pengetahuan agama, benda itu membuatkan lidah saya kelu, hati saya cukup sakit dan mata saya berkaca... dan saya tidak dapat menjadi protective towards agama saya..dan saya menjadi lemah...

Dari situ, saya sedar satu perkara. Saya perlu ada ilmu agama, saya perlu mendalami agama saya. Apa makna saya seorang muslim jika saya tidak dapat memberi reason kenapa saya perlu mengikut hukum Allah dan apa hikmahnya atas segala suruhanNya itu. kalaupun saya tahu sebabnya, saya perlu beri sokongan dari Al-Quran atau hadis bukannya cakap belasah je. Saya mula sedar, adakah saya seorang muslim hanya pada nama atau saya bersedia menjadi muslim kerana cinta saya kepada Allah dan Rasul? Apa peranan saya sebagai seorang muslim? Dan being wanita Islam, lebih byk dugaannya.. Melihat pada masa silam saya, saya tidak mempunyai ciri2 wanita Islam yang teguh pendiriannya, (lansung tiada) hubungan saya dengan Allah tipis, saya lebih byk buat dosa dari pahala. Dan kini, saya memakai tudung tetapi adakah itu cukup menggambarkan saya seorang wanita Islam? apa benda lain yang boleh saya banggakan menjadi seorang muslim?..
Jadi hari ini saya nak tulis kenapa saya proud dan love being a muslim woman hanya dalam kepala saya.tiada sokongan hadis atau apa,cuma dalam pemikiran saya simple saya.. .

1)memakai tudung adalah satu privilege untuk wanita islam, menghadkan penglihatan lelaki tentang keindahan yang tidak terpamer adalah kemenangan bagi wanita Islam. Menjaga kehormatan adalah benda yang cantik. Saya cukup tertarik pada perempuan yang memakai tudung, cantik atau tidak, bagi saya terlalu manis. Belum lagi apabila ia dapat memelihara kita dari benda2 yang tak patut apabila kita memakai dgn niat kerana Allah. Hijab is our identity and we must potray as a muslim woman. Not only covering our heads but to behave like an ideal muslim woman.

2)kebersihan adalah benda yang dituntut dalam Islam. berwuduk selalu dapat menyucikan badan dan membuat kita menjadi segar dan terpelihara. ibu saya selalu dalam wudhuk. dia kelihatan bersih dan berseri selalu, saya percaya ia dari wudhuk yang sentiasa bersama ibu saya.

3)perempuan dijadikan terlalu istimewa dimata lelaki. selalu dikhaskan, contohnya dalam masjid ada persalinan untuk perempuan, bahagian perempuan yang tiadak boleh dibatasi lelaki dan sebagainya. maka, kenapa kita selalu cakap islam suppressed our freedom? it is not, dia memelihara kita dan meletakkan kita di tempat tinggi sebenarnya.

4)kerana tempat perempuan di sisi suaminya, itu adalah istimewa. dan menjadi anak kecil perempuan adalah istimewa dimata keluarga, menjadi ibu, menjadi kakak, dan adik.... menjadi perempuan adalah istimewa.. how beautiful is that?

5)kerana Islam mengajar saya menjadi cantik dalam hati saya dan luaran. Alhamdulillah saya tidak terasa ingin mengubah apa-apa anugerah Allah pada saya,saya akur dan merasakan pembuatan Allah lebih cantik dari segalanya, jadi Islam membuat confidence saya lebih tinggi dan percaya yang minimal dan simple itu defines wanita islam.

6)kerana Islam mementingkan ilmu. saya suka untuk menjadi seorang wanita islam yang berilmu dan membantu my muslim brothers and sisters. jika Allah swt memberi saya pahala kerana saya menjadi pengajar, saya harap ia akan sampai kepada arwah ayah dan ibu saya yg masih hidup, kerana mereka yang memberi saya pelajaran dan menjadikan saya berilmu.

7)kerana saya rasa dugaan dan cabaran menjadi wanita muslim yang membuatkan saya menjadi manusia..

8)kerana perkahwinan dalam Islam itu satu benda yang suci, dan melahirkan masyarakat yang bagus dan sihat. maka saya juga percaya perkahwinan saya kelak akan menjurus kepada benda yang baik. mudah-mudahan hubungan saya dengan Allah, suami dan keluarga saya lebih jelas dan mantap.

9)kerana PERIOD tak payah solat. hehe. saya suka jugak, hari rehat dan menjadi sihat. yahhhhhhhhoooooooooo!!

10)kerana saya belum puas menjadi wanita Islam yang penuh ilmu di dada, saya berjanji pada diri saya akan belajar banyak tentang Islam. Kak Mah berkata, hanya ILMU agama boleh dapat mematahkan non-muslim apabila berdebat tentang agama. (tutup muka), saya mahu menerangkan dan bercakap keindahan Islam dan kasitau dunia kenapa Islam agama ideal dunia dan akhirat.

Semoga Allah sentiasa memberi saya hidayah, hikmah dan ilham untuk berdepan dengan non-muslim in this battlefield. yes we are in the battlefield. saya dulu tidak pernah peduli.. tapi sampai satu masa saya tersedar saya lupa pada Allah dan tidak lagi berdoa.. saya tidak mahu meletakkan agama saya ditempat yang tidak selamat dan enteng lagi, digelakkan dan di perkotak katikkan dan tidak mampu berbuat apa-apa. saya sedar saya ada tanggungjawab sebagai seorang muslim. saya percaya menjadi wanita itu kuat, apatah lagi apabila menjadi wanita Islam.

Alhamdulillah, deep down, im happy, grateful and proud to be a muslim woman and i will always be. words can't describe how special we are to be born muslim...it's unique and breezing.. semoga Allah sentiasa menunjukkan jalan yang benar kepada saya dan muslim yang lain dan sabar menghadapi cabaran sebagai seorang beragama Islam.. Insyaallah..

0 komen musibat: